e-Kelas: Bahasa Inggeris (Ujian Persiapan Peperiksaan)
20 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniProgram e-Kelas bagi subjek Bahasa Inggeris di teruskan lagi pada minggu tersebut dengan mengadakan ujian bertulis karangan untuk semua tingkatan. Ujian ini dilakukan bagi tujuan persiapan peperiksaaan yang akan berlangsung di sekolah dan menguji tahap pemahaman para pelajar sepanjang mengikuti e-kelas yang telah dijalankan. Guru sekolah bagi subjek Bahasa Inggeris juga turut turun padang bagi melihat para pelajarnya menhadapi ujian dengan soalan yang diberikan. Setiap tingkatan di beri tajuk karangan yang berlainan mengikut tingaktan. Bagi Tingkatan 1, tajuk karangan adalah “Describe yourself and your family”, manakala Tingkatan 2 pula bertajuk “Do you have friends? Describe your friends”, dan akhir sekali Tingkatan 3 pula bertajuk “What did you do during your last school holidays”. Kesemua sesi ujian diberi masa selama 30 minit untuk mengarang karangan yang diberikan. Melalui ujian karangan, para pelajar diuji tahap penguasaan para pelajar dalam Bahasa Inggeris terutama dalam penguasaan perbendaharaan (vocabulary) untuk dijadikan sebagai ayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: