Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan (Celik IT)
Fairul Niza Bin Shaharuddin
Encik Fairul Niza Bin Sharuddin merupakan seorang anak jati Manong yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Kangsar, merupakan anak ke-4 daripada 12 orang adik beradik ini tinggal bersama bapanya di Kampung Chabang Bungor Manong. Encik Fairul Niza berusia 38 tahun namun tidak pernah di dedahkan dengan IT dan kemudahan komputer, ini adalah kerana kesukaran beliau dalam mendapatkan kemudahan seperti yang tersedia di PI.
Namun pada tahun 2016 setelah Pusat Internet di buka pada bulan November tahun 2016, Encik Fairul Niza telah datang untuk mempelajari cara-cara membuka akaun Facebook untuk mencari jodoh. Hasilnya pada 16 Mac 2017 Encik Fairul Niza telah menyertai Facebook Cari Jodoh Malaysia dan hasilnya dia telah berkenalan melalui saluran ini dan telah bertunang pada 6 April 2017.
Encik Fairul Niza telah mempelajari beberapa perkara seperti berikut:
- Cara membuka akaun Facebook
- Kesedaran Klik Dengan Bijak
Bagaimana PI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT Encik Fairul Niza:
- Memberi keyakinan kepada beliau untuk mencuba mempelajari dan mendekatkan diri dengan ICT
- Pandai menggunakan laman sosial untuk tujuan kebaikan
Muhammad Al-Muzill Bin Fairi Al-Bakri
Muhamad Al-Muzill Bin Fairi Al-Bakri adalah seorang pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Manong, Beliau menetap di perumahan awam Manong. Merupakan anak yang ke-2 dari 5 adik beradik. Muhamad Al-Muzill sebelum ini tidak pernah memiliki akaun Facebook dan tidak pernah di dedahkan dengan penggunaan “software” komputer. Ini adalah kerana tiada pendedahan di peringkat sekolah tambahan lagi Manong merupakan kawasan pedalaman yang tidak banyak kemudahan fasiliti berkaitan dengan IT.
>Pada November 2016, selepas pembukaan Pusat Internet 1 Malaysia di Pekan Manong Muhammad Al-Muzill telah menjadi ahli di PI Pekan Manong. Adik Muzill di dedahkan dengan cara penggunaan komputer beserta melayari internet. Beliau telah menyertai beberapa kelas yang diadakan di PI antaranya Speed Typing dan juga D.I.Y Kreatif. Adik Muzill juga telah di ajar dengan cara menggunakan Microsoft Words dan cara mencari maklumat menggunakan komputer.
Muhamad Muzil telah mempelajari beberapa perkara seperti berikut:
- Cara membuka akaun Facebook
- Microsoft Words
- Taip dengan pantas
- Kreativiti D.I.Y menggunakan youtube
Bagaimana PI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT Muhamad Al-Muzil:
- Memudahkan pelajar ini mencari maklumat pembelajaran melalui internet.
- Memanfaatkan barang terpakai seperti botol minuman dan bahan-bahan lain dengan berpandukan Youtube.
- Meningkatkan cara menaip papan kekunci komputer dengan betul dan pantas.
Aishah Razali
Puan aishah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai lima orang anak. Beliau menyara kehidupan dengan berniaga laksa ditepi jalan. Namun begitu, pulangan yang tidak menentu menjadikan beliau mencari peluang yang lebih tinggi. Beliau telah memohon kursus menghasilkan bahulu kemboja dari pusat latihan pertanian Manong dan telah menjalani kursus selama 3 bulan.
Akhirnya beliau telah boleh menghasilkan bahulu kemboja untuk jualan. Beliau telah menjual bahulu kepada kawan-kawan dan jiran-jiran di sekeliling rumah. Namun, jualannya kurang memberansangkan. Pada suatau hari, beliau datang ke Pusat Internet Manong bersama anaknya untuk membuat Salinan kad pengenalan dan melihat produk yang dipamerkan disini.
Berlaku sedikit perbincangan bersama PI, dan anaknya belajar untuk memasukkan gambar bahulu ibunya kedalam facebook. Dalam masa beberapa bulan, jualan meningkat dan Pn. Aishah telah dijemput menjadi tenaga pengajar didalam beberapa buah program di sekitar Manong.Sekian.
Celik IT
Penggunaan Zoom Meeting
2 Julai 2022 : En.Zainal yg berumur lingkungan 50 tahun menggunakan perkhidmatan di PEDi Manong. Beliau meminta petugas di PEDi Manong utk membantu beliau menggunakan zoom meeting kerana beliau perlu menghadiri taklimat secara atas talian menggunakan aplikasi zoom meeting. Petugas PEDi Manong telah membantu beliau untuk penggunaan zoom meeting. Tahniah En.Zainal berjaya seiring dgn dunia ict masa kini.