Keusahawanan
Ternakan Ikan Patin & Ikan Talapia
Permintaan Ikan Patin & Ikan Talapia semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk di sekitar Kuala Kangsar terutama bagi para peniaga restoran. Kolam Ikan Air Gunong nama yang amat dikenali bagi penduduk kampung sekitar Manong. Encik Yeop Mat Alit Bin Chu Jaat atau dengan panggilan mesra Pak Yeop telah mula berkecimpung dalam dunia perikanan selepas bersara berkhidmat sebagai tentera negara. Minat dan kesungguhan beliau dalam perniagaan membuahkan hasil dengan penjualan yang laris hasil daripada ternakan beliau bersama isteri tercinta dibawah syarikat Ungka Enterprise (IP0218556-U).
Antara jenis ikan yang dijual ialah Ikan Patin, Ikan Talapia Merah dan Ikan Talapia Kempong. Ikan yang dijual adalah sangat berkualiti atas beberapa faktor yang diambil berat oleh Encik Yeop seperti kualiti anak ikan yang dibeli merupakan antara yang terbaik, kebersihan kolam ikan sentiasa dijaga, air kolam sentiasa bertukar kerana menggunakan saliran air dari sungai Lata Pecah Batu malah memberi makanan palet yang berkualiti kepada ternakan ikan. Para pembeli boleh membeli ikan segar yang dijual di rumah beliau yang terletak di Kg Pecah Batu, Manong. Para pembeli disarankan menghubungi beliau terlebih dahulu di talian 012-4504043 bagi mengelak daripada kekecewaan unutk mendapatkan ikan yang segar.
Produk Bunga Ros Hijau
Ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Bunga Ros Hijau, bunga ini tidak seperti bunga mawar yang lain seperti mawar merah, putih dan lain-lain. Bunga Ros Hijau sangat istimewa dan unik kerana daunnya yang bewarna hijau dipanggil bunga. Bunga ini mempunyai seribu satu rahsia berkaitan dengan perubatan yang dapat membantu dalam menyembuh sesuatu penyakit. Sufihealing Resources merupakan sebuah syarikat yang menerajui sektor perkhidmatan, penghasilan dan pemasaran produk aromaterapi, kesihatan dan kecantikan yang berasaskan daripada Pati Bunga Ros yang berwarna hijau hasil daripada bantuan penyelidikan University tempatan telah membuktikan khasiat yang terdapat pada Bunga Ros Hijau mempunyai kadar antioksidan (VITAMIN-E tocopherol) di antara yang tertinggi.
Semasa menemu ramah pengasas muda Sufi Healing resources iaitu Encik Fairul Niza, beliau menceritakan sejarah perniagaannya bermula dengan sepokok bunga, bunga ini pada asalnya daripada bunga ros merah yang dibeli di Cameron Highland, bunga ini dibawa pulang dan ditanam di Manong. Beliau mendapati terdapat percambahan daun yang pelik pada bunga ros merah. Beliau memotong pada percambahan daun tersebut, walaubagaimanapun daun itu semakin bercambah banyak. Beliau mengggunakan bunga tersebut sebagai alternatif untuk membantu penyakit ibunya dan kesan yang positif yang diterima oleh ibunya. Setelah dikaji pokok berkenaan mempunyai khasiat yang tersendiri dalam mengubati sesuatu penyakit. Produk yang dijual boleh didapati di Jalan Besar Manong berhadapan dengan Petronas, di PI Manong dan boleh juga dapati melalui laman sosial di “Facebook”. Harga produk yang ditawarkan adalah pada harga yang berpatutan. Hubungi Encik Fairul Niza untuk sebarang tempahan di talian 012-507 0490.
Kerepek Herba
Kerepak Herba merupakan sejenis produk makanan kering yang diusahakan oleh Puan Norhayati yang beroperasi di Kg.Bekor. Beliau mengsahakan makanan kering ini dengan menggunakan tumbuhan semulajadi yang sihat. Antaranya buah peria yang dipotong kemudian digoreng rangup menjadi kerepek. Terdapat juga kerepek daun kaduk dan daun bayam.
Tumbuhan-tumbuhan tersebut merupakan tumbuhan yang sangat berkhasiat tinggi terutama dalam perubatan. Namun disebabkan masyarakat kini agak sukar untuk makan sayuran hijau, Puan Norhayati mencipta produk Kerepek Herba yang bersaskan sayuran hijau yang boleh dimakan oleh pelbagai lapsisan masayarakat. Sebarang tempahan Kerepek Herba boleh hubungi ditalian 012-4194478.