e-Kelas: Kelas Tambahan Secara Digital (Matematik & Sains Tingkatan 1-3)
07 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada hari kedua iaitu hari Sabtu, Program e-Kelas diteruskan dengan sesi pembelajaran bagi subjek Matematik dan Sains yang di jalankan berasingan selama 6 jam. Setiap kelas akan berlangsung selama 1 jam bagi setiap subjek mengikut tingkatan. Tenaga pengajar bagi setiap subjek adalah berbeza mengikut profesi masing-masing. Pelajar akan mendengar pelajaran yang diajar oleh cikgu dan berinteraksi dalam menjawab soalan yang diberikan secara siaran langsung. Sistem pembelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris juga menggunakan sistem yang sama seperti subjek Matematik dan Sains.
Kelas bagi hari kedua dimulakan dengan Tingkatan 1 iaitu pada jam 11:00 pagi bagi subjek Matematik dan diteruskan pada jam 12 tengahari bagi subjek Sains. Selepas waktu rehat, sesi pembelajaran diteruskan lagi dengan Tingkatan 2 bagi kedua subjek tersebut bermula jam 2 petang sehingga jam 4 petang. Pada jam 4 petang kelas bermula bagi Tingkatan 3 bagi subjek Matematik dan diteruskan pada jam 5 petang bagi kelas subjek Sains. Sambutan dari semua pelajar yang terlibat sangat memberangsangkan dan kesemua pelajar sangat berpuas hati dengan teknik pembelajaran yang diajar kerana bahan pembelajarannya sangat menarik dengan menggunakan pelbagai teknik seperti video, animasi dan kandungan internet yang mudah difahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: