e-Kelas: Sains & Matematik (Ujian Persiapan Peperiksaan)
21 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2017, Sabtu, e-Kelas telah bagi subjek Sains dan Matematik juga telah menjalankan ujian untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga 3 yang terlibat mengikut masa yang ditetapkan bagi setiap tingkatan. Hal ini bertujuan untuk menguji tahap pemahaman para pelajar sepanjang pembelajaran di sekolah dan ketika di dalam e-kelas sebelum ini. Ujian ini juga dilakukan bagi persiapan sebelum menghadapi peperiksaan di sekolah. Ujian yang dijalankan adalah ujian pilihan secara “online” yang mengandungi 40 soalan dan diberi masa selama 45 minit untuk di siapkan.
Setelah tamat ujian, para pelajar boleh menyemak semula skor yang di perolehi. Melalui semakan terus jawapan, para pelajar dapat mengetahui bahagian topik yang lemah untuk dipertingkatkan lagi pemahaman dan staff PI iaitu penjaga bagi ujian membuat rumusan berdasarkan markah yang diperoleh oleh para pelajar serta nasihat supaya para pelajar memperbanyakkan lagi latihan dan pembacaan. Markah yang tertinggi diberi hadiah saguhati daripada pihak PI sebagai pembakar semangat untuk terus belajar dengan cemerlang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: