e-Kelas: Kelas Tambahan Secara Digital Percuma (Bahasa Inggeris Tingkatan 1-3)
06 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei 2017, dengan rasminya telah di jalankan e-Kelas iaitu pendidikan secara digital yang merupakan program komuniti dari Maxis Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia. Kelas ini buat julung kalinya memulakan sesi pembelajaran yang pertama di Pusat Internet Pekan Manong yang menerapkan cara pembelajaran secara virtual melalui internet. Ini merupakan satu inisiatif lepas sekolah untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran terutama dari kawasan luar bandar. Kelas ini diadakan secara serentak di seluruh Malaysia bagi Pusat Internet yang terpilih bersama-sama dengan pelajar dari Pusat Internet lain mengikut kumpulan yang ditetapkan. Cikgu yang berpengalaman yang dipilih akan mengajar dan berinteraksi dengan para pelajar melalui penggunaan video secara langsung dengan menggunakan projektor di bilik kelas PI.
Pembelajaran ini amat interaktif selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia dengan mewujudkan persekitaran e-pembelajran gabungan yang menarik dan menyeronokkan. Program ini mendapat kerjasama baik daripada pihak sekolah SMK Tajul Ariffin Shah dalam mewarwarkan kepada para pelajar tentang inisiatif kelas tambahan (e-Kelas) secara percuma. Pihak sekolah juga berminat dan sudi menyenarai nama pelajar untuk menyertai kelas ini. Malah ibu bapa juga turut berminat dan sokong dengan adanya kelas tambahan ini demi meningkatkan tahap pendidikan anak-anak mereka dan mereka juga tidak perlu memikirkan kos pembayaran kelas yang dihadiri oleh anak mereka kerana ia ditawarkan secara percuma. e-Kelas diadakan selama 2 hari iaitu hari Jumaat bagi subjek Bahasa Inggeris bermula jam 3:00 petang hingga 6:00 petang dan pada hari sabtu bermula jam 11:00 pagi hingga jam 6 petang bagi subjek Matematik dan Sains. Setiap subjek diajar mengikut tingkatan dan selama 1 jam kelas berjalan bagi setiap subjek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: