Kelas ICT: Microsoft Office
15 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2017 PI Pekan Manong telah menjalankan Kelas IT iaitu pembelajaran Microsoft Office. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar para peserta tentang kepentingan dan kelebihan menggunakan Microsoft Word Word 2016. Para peserta diberi pengenalan asas tentang pengunaan Microsoft Word 2016 malah memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam menghasilkan dokumen masing-masing. Fokus pembelajaran yang dipelajari oleh para peserta pada kali ini adalah seperti memasukkan gambar dari laman sesawang ke Microsoft Word dan menaip dengan menggunakan pelbagai font dan memastikan tulisan berada pada tengah-tengah margin. Aktiviti ini dapat memberi ilmu baru kepada para peserta tentang penggunaan Mirosoft Word yang lebih mendalam. Para peserta dapat mengetahui segala fungsi butang arahan yang terdapat pada Microsoft Office 2016 dan dapat mengaplikasikannya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: