Program Kelestarian Warisan Alam 2017
07 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Manong telah menghantar wakil dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM/MCMC) untuk menyertai sebuah program anjuran Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia(WASM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Program ini telah di rasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abd Aziz iaitu Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak. Pusat Internet bersama MCMC telah mengadakan pameran dalam memperkenalkan pengenalan dan penggunaan dunia digital sebenar melalui “Klik Dengan Bijak” kepada para pengunjung seperti pelajar sekolah dan komuniti setempat khususnya. Malah, turut diadakan aktiviti interaktif seperti pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak, aktiviti E-Learning melalui “Kahoot Games Online”, kuiz teka silang kata dan susunan perkataan berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB). Kesemua peserta yang terlibat diberikan hadiah saguhati dan hadiah kepada semua para pemenang.
Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai pameran daripada pelbagai agensi di buka pada program tersebut antaranya Bank Rakyat Ar-Rahnu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan juga pameran produk tempatan daripada komuniti setempat yang berasaskan tanah liat seperti Labu Sayong dan sebagainya. Selain itu terdapat juga aktiviti seperti penanaman pokok sebagai simbolik program amal hijau, sukaneka untuk kanak-kanak, sukan ekstrem dan sukan rakyat bagi orang dewasa yang dikendalikan oleh pihak penganjur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: