Roadshow MCIO (Malay, Chinese, Indian and Others)
19 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniBertempat di SMK Tun Perak Padang Rengas telah di adakan satu program untuk memperkasakan hubungan perpaduan rakyat Malaysia, menjalinkan hubungan rapat dan berterusan antara peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan bagi Menggerakkan, Mengeratkan dan Mengukuhkan Perpaduan serta kebajikan rakyat Malaysia. Program ini adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan yang di turut disertai Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Masjid Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Penjara Malaysia, Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM Atau ROS) Dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Antara tetamu VVIP yang hadir ialah Muhd Shuhaimi Bin Haji Zul, Setiausaha Sulit Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.
Petugas PI yang hadir di Program Roadshow M.C.I.O ialah petugas PI Padang Rengas, PI Manong, PI Changkat Jering, PI Kubu Gajah, PI Bagan Serai dan PI Gunung Semanggol. Antara program yang dijalankan di booth PI ialah KDB, tayangan video KDB, mini games KDB, pertandingan mewarna dan soal selidik mengenai penggunaan internet. Terima kasih kepada kesemua pengunjung yang sudi mengunjungi di booth PI bagi memeriahkan lagi suasana program pada hari tersebut dengan tarikan aktiviti yang pelbagai dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: