Mesyuarat Pengenalan Pendidikan Secara Digital (e-Kelas) bersama Maxis
21 April 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Pekan Manong telah terpilih oleh Maxis untuk menjalankan program Pendidikan Secara Digital (e-Kelas) mereka yang akan bermula pada 5 Mei 2017. Sehubungan dengan itu berlangsungnya mesyuarat untuk pengenalan serta persediaan kelas ini, ianya telah di hadiri oleh wakil Maxis Herman bin Mizar Azmi dan Norlaili bt Mohamad, Penghulu Mukim Senggang Mohammad Hasri bin Haji Hasan, SU JKKK Pekan Manong Mastura bt Ahmad Serbawi dan Pengetua Maahad Al-Mizan Ahmad Zuhairi bin Zakaria. Mesyuarat ini membincangkan tentang kebaikan e-Kelas dan bagaimana untuk di jalankan. e-Kelas ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah iaitu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 serami 60 orang pelajar iaitu 20 orang bagi setiap tingkatan. 3 subjek utama yang akan diajar kepada para pelajar iaitu subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Teknik pembelajaran yang diketengahkan adalah secara virtual melalui internet. Malah guru-guru yang mengajar adalah berpengalaman dan pakar dalam mata pelajaran yang diajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: