Kelas Microsoft Office_Word 2016 (Penghasilan Folio)
17 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2017 PI Pekan Manong telah menjalankan Kelas IT iaitu pembelajaran Microsoft Office fokus pada Microsoft Word 2016. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pengenalan awal tentang penggunaan Microsoft Word dalam menyiapkan kerja sekolah seperti Folio. Para pelajar iaitu peserta diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan aplikasi untuk menghasilkan kerja yag terbaik. Aktiviti ini dapat memberi ilmu baru kepada para peserta tentang penggunaan Mirosoft Word khususnya dengan lebih mendalam. Peserta diberi pengenalanan awal mengenai fungsi Microsoft Word oleh petugas PI dalam mengetahui segala fungsi butang arahan yang terdapat pada Microsoft Office 2016. Kesemua fungsi butang arahan diterangkan lebih terperinci kepada peserta untuk diaplikasikan bagi menghasilkan sesuatu dokumen terutama dari segi penggunaan “font”, edit gambar dan penggunaan warna dalam menghasilkan dokumen yang kemas dan cantik. Peserta juga mempelajari cara-cara untuk mengedit gambar yang diambil dari internet ke dalam Microsoft Word. Peserta turut diajar cara-cara untuk print hasil dokumen yang telah siap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: