Speed Typing Learning And Games
08 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 7 Januari 2017, PI Pekan Manong telah mengadakan aktiviti “Speed Typing Learning and Games” bersama ahli dan pengunjung Pusat Internet. Aktiviti ini mengajar para peserta untuk menaip dengan cara yang betul dan menguji kepantasan menaip dengan mengadakan pertandingan. Aktiviti ini diadakan sebanyak 2 sesi iaitu bagi kategori sekolah rendah pada jam 3 hingga jam 4 petang manakala sekolah menengah bermula jam 5 petang hingga jam 6 petang. Seramai 18 orang peserta yang menyertai aktiviti ini diajar untuk menaip dengan kaedah yang betul melalui penggunaan talian iaitu “Speed Typing Online”. Dalam pembelajaran menaip, para peserta diuji kefahaman dan ingatan minda dalam memastikan setiap jari jemari kiri dan kanan berada pada huruf tertentu di papan kekunci.
Setelah pelajari menaip, kesemua peserta diuji sebanyak 6 jenis ujian dalam pertandingan kepantasan masa dalam menaip mengikut kategori. Pemenang diumumkan pada penghujung pertandingan setelah mencampurkan mata bagi kesemua ujian yang diberikan. Nur Adli Bin Mustapha Kamar telah memenangi tempat pertama bagi kategori sekolah rendah iaitu mengumpul mata tertinggi sebanyak 200 mata manakala sekolah menengah dimenangi oleh Muhammad Irwan Bin Nor Hisham turut mengumpul 200 mata. Setiap kategori menerima hadiah saguhati dari pihak PI bagi 3 tempat teratas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: