Pengambaran Skmm Kisah Kejayaan Jalur Lebar Di Manong
23 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2019, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Cyberjaya telah datang membuat Lawatan ke pusat Internet Pekan Manong dengan bertujuan untuk membuat pengambaran dan wawancara Kisah Kejayaan Jalur Lebar di Manong.
Puan Hanita Izam Ketua Sruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Perak juga turut hadir ke Pusat Internet Manong . Wakil dari SKMM Cyberjaya yang hadir ialah Saidatul Ashikin Binti Abu Hassan, Nurul Fatirah Halim dan juga Fitri Ismail (MCMC NRO).
Mereka telah membuat rakaman temuramah bersama Pengurus Pusat Internet Manong dan juga Ahli Jawatankuasa Eko Pelancongan Manong. Kisah kejayaan yang ingin mereka wawancara adalah berkenaan kisah kejayaan yang tertubuhnya eko pelancongan Manong melalui Pusat Internet Manong yang menjadi Pusat sehenti kepada sebarang aktiviti berkenaan Pelancongan Manong.
Pusat Internet Manong turut membawa wakil SKMM untuk melawat sekitar kawasan Pelancongan Manong. Kawasan yang sempat dirakam dan dilawati ialah :
Kolam Air Panas, Ara Panjang,
Bendang Besar, Kg. Guar,
Khaaf Inap Desa, Kg. Guar,
Cendol Pulut, Kg. Lempor
Desa Kelulut Warisan Tok Ri, Jerlun.
Moga dengan lawatan daripada SKMM ini dapat memberi banyak kesan yang positif kepada Pusat Internet Manong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: