Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit
24 April 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti Jom membaca bersama untuk 10 minit merupakan aktiviti bersama Pusat Internet Pekan Manong dan Komuniti Wanita Pekan Manong. Aktiviti ini dijalankan di Perpustakaan KEMAS Pekan Manong yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Pekan Manong.
Tujuan aktiviti membaca ini dijalankan sebagai kempen untuk kita semua supaya menggunakan buku majalah dan sebagainya sebagai sumber pembacaan selain daripada pembacaan di media sosial.
Kempen ini juga untuk memberi galakan kepada golongan remaja terutamanya yang telah banyak meninggalkan buku sebagai sumber utama pembacaan. Jadi kempen ini dimulakan dengan menarik minat golongan ibu untuk membaca suapaya dapat menjadi contoh kepada anak-anak.
Pihak Pusat Internet mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti Wanita Pekan Manong yang terlibat dalam Jom membaca bersama untuk 10 minit
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: