Digital Competency Score Sk Ulu Kenas
1 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 30 September 2019, Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas, Manong telah memohon untuk datang ke Pusat Internet Manong bagi menggunakan perkhidmatan Internet untuk anak-anak murid sekolah tahun 6.
Tujuan mereka datang adalah untuk mengisi secara online Pelaksanaan skor kompetensi digital ( Digital Competency Score -DCS) untuk tahun 2019. DCS ialah instumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jadi Pusat Internet telah menyediakan perkhidmatan kepada pelajar2 tersebut untuk menggunakan internet sepenuhnya bagi menjawab soalan-soalan dalam laman web tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas kerana memilih kami dalam pelaksanaan DCS murid-murid tahun 6.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: