HARI TERBUKA PUSAT INTERNET MANONG
23 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2019, Pusat Internet Pekan Manong telah mengadakan Program Hari terbuka Pusat Internet Pekan Manong bersama Komuniti.
Tujuan dan matlamat Program Hari Terbuka ini adalah untuk merapatkan silaturahim diantara komuniti Pekan Manong dan untuk mewawarkan kepada komuniti Pekan Manong tentang kewujudan dan fungsi Pusat Internet ditubuhkan.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Hasnul Zulkarnain Bin Munaim Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan NGO Negeri Perak.
Turut hadir sebagai tetamu jemputan,
- Puan Hanita Izam, Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak,
- Encik Zulkapri Bin Haji Manan mewakili Maxis Telekomunication Sdn. Bhd.,
- Puan Maznah Binti Ibrahim Ketua Operasi Sprintz Designs Sdn. Bhd,
- Encik Nor Samsul Bin Mustafa Kamal, Penghulu Kanan Daerah Kuala Kangsar,
- Encik Juzaili Hafizullah Bin Amir Hashim, wakil Penyelaras Dun Manong,
- Encik Hasli Bin Hassan Penghulu Kanan Mukim Senggang,
- Encik Shamsul Anuar Bin Mustafa, Penghulu Mukim Senggang dan
- Barisan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.
Seramai lebih kurang 150 orang pengunjung yang hadir memeriahkan program. Terdapat pelbagai pameran agensi yang terlibat seperti AADK, GIAT MARA, ekelas, MCMC, Ar-Rahnu, dan Komuniti Wanita. Terdapat juga jualan usahawan Pusat Internet Manong iaitu Selimut Tampal dan kepelbagaian jenis donat dan roti.
Selain itu, pelbagai pertandingan dijalankan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika Kemas, pertandingan Kahoot Games bersama pelajar SMKSTA, pertandingan gubahan telekung dan pasu simen.
Pusat internet turut menjalankan taklimat KDB kepada MPKK dan taklimat keusahawanan kepada kumpulan Amanah Ikhtiar.
Semoga Hari Terbuka Pusat Internet kali ini memberi manfaat bersama komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: