Taklimat Bersama Jabatan Perangkaan Kuala Kangsar
21 November 2020 | Aktiviti Terkini20 November 2020, satu taklimat ringkas dijalankan di Pusat Internet Manong bersama wakil dari Jabatan Perangkaan Malaysia cawangan Kuala Kangsar iaitu, Encik Meor Shahrizan. Beliau memberi taklimat berkenaan banci e-cencus yang akan dijalankan di Pusat Internet Manong bermula 21 November 2020. Pembancian secara online ini akan dibantu oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perangkaan. Mereka akan hadir ke Pusat Internet Manong bagi membantu penduduk di Mukim Senggang bagi menjalankan banci mengunakan talian ecencus.
Pusat Internet Manong akan menjadi Pusat bagi menjalankan pembancian melalui ecencus dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: