Program Pekerja Tempatan Untuk Jspk Anjuran Pejabat Penghulu Mukim Senggang - 24 Ogos 2020
25 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini24 Ogos 2020, Program Pekerja Tempatan telah dijalan di Pusat Internet Manong anjuran Pejabat Penghulu Mukim Senggang bersama Pusat Internet Manong untuk JSPK Mukim Senggang.
Program telah disampaikan oleh Agensi Pekerjaan Great Resources Sdn. Bhd. dibawah jabatan Tenaga Kerja Malaysia. Program ini dijalankan bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada warga tempatan juga bagi mengatasi masalah pengangguran dikalangan warga tempatan terutama di negeri Perak.
Program telah dirasmikan oleh YB Encik Mohamad Zuraimi Bin Razali ADUN Manong. Turut hadir Penghulu kanan Mukim Senggang Encik Muhammad Hasli Bin Hassan dan Penghulu Mukim Senggang Encik shamsul Anuar.
Dengan adanya program ini berharap pihak JSPK akan menyampaikan kepada warga setempat peluang pekerjaan yang pihak agensi tawarkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: