Lawatan Pengarah Skmm Perak Bersama Wakil TM Perak Tengah Ke Kg. Teluk Perang Berkenaan Isu Tiada Liputan Internet
30 Disember 2020 | Aktiviti Terkini29 Disember 2020, Baru-baru ini keluar berita isu dalam berita TV3, tiada liputan internet sukarkan Kelas Online bagi pelajar di Kg Teluk Perang, Perak. Tindakan pantas dilakukan oleh Pihak SKMM yang diketuai oleh En. Zairulnahar Bin Zakaria, Pengarah MCMC Negeri Perak, dengan membawa bersama wakil pihak Telekom Malaysian ( TM ) iaitu En. Meor Zalehuddin Zainal Abidin TM Kuala Kangsar dan En. Muhammad Firdaus Ahmad Murad, TM Batu Gajah bersama-sama Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Manong.
Turut bersama dalam lawatan, Tuan Haji Mohd Wazir Bin Ishak Wakil JPKK dan Setiausaha Masjid Al Taufiqiah, Kampung Telok Perang. Kami telah membincangkan isu yang dihadapi pelajar berkenaan iaitu adik Aina yang mengalami kesukaran dalam mejalankan kelas online. Maka kami menawarkan pelajar terbabit adik Aina, untuk hadir ke PIK Manong bagi meneruskan kelas online dalam suasana yang selesa dengan kemudahan internet yang baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: