Program Kesihatan Wanita Anjuran LPPKN Bersama WI Manong
19 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini18 Ogos 2020, satu program kesihatan wanita telah dijalankan di Dewan Dataran Amanjaya Manong. Program merupakan anjuran pihak LPPKN (Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negera) dan Pusat Internet Manong, WI Manong dan juga Pusat Khidmat Manong. Program dijalankan untuk memberi kesedaran kepada wanita khususnya yang berumur 35 tahun sehingga 65 tahun agar menjalankan pemeriksaan kesihatan mammogram dan papsmear. Pihak LPPKN telah menjalankan satu ceramah kepada wanita di Manong berkenaan kesihatan wanita.
Program ini juga telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada 40 peserta di Manong. Terdapat Klinik bergerak yang disediakan oleh LPPKN. Disamping itu pihak LPPKN turut membuka pameran kesihatan dan perkhidmatan kaunseling. Program telah dirasmikan oleh YB Encik Mohamad Zuraimi Bin Razali ADUN Manong. Turut hadir Penghulu kanan Mukim Senggang Encik Muhammad Hasli Bin Hassan. Program turut dimeriahkan dengan adanya cabutan bertuah untuk para peserta yang hadir dalam program tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: