PIK Manong – Kempen PUPUK@Shopee Bersama Entrepreneur PIK 2 Ogos 2021
3 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini2 OGOS 2021 : Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama berterusan antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan yang akan ditukar menjadi baucar diskaun, baucar kedai, dan baucar penghantaran percuma kepada pengusaha yang mengambil bahagian dalam kempen ini.
PIK Manong telah turut serta dengan memberi peluang kepada seorang usahawan yang bernama Nordiana Bt Md Piah dari komuniti Manong yang berminat untuk sertai dan menghadiri kelas online pada 2 Ogos 2021. Semoga dengan kelas shopee yang di jalankan ini dapat membantu usahawan untuk meningkatkan lagi operasi perniagaan beliau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: