Advokasi Kafeteen@PIK
20 November 2021 | Aktiviti Terkini19 November 2021 : Kursus Pengendali Makanan secara talian telah dijalankan di PEDi Manong untuk usahawan yang berminat. Kursus tersebut merupakan permintaan usahawan di Manong. Kami telah menjalan dua sesi kursus iaitu pada 13 November 2021 dan 19 November 2021. Seramai 13 peserta telah terlibat dalam kedua sesi tersebut. Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil khususnya buat usahawan yang mengendalikan makanan juga pekerja-pekerja yng terlibat dengan jualan makanan. Sijil kursus perlu dimiliki oleh peserta setelah selesai jalani kursus selama 3. Pihak PEDi Manong telah membuat usahasama dengan pihak Sekolah Latihan Pengendali Makanan iaitu NZ Bunga Venture dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga dengan kursus ini dapat membantu para usahawan setempat di Manong terutamanya mendapatkan sijil yang sah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: