Kursus Latihan Pengendali Makanan Online Sesi 2 2021
14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini13 Mac 2021, PIK Manong meneruskan sesi kedua Kursus Latihan Pengendali Makanan Online kerana telah mendapat permintaan komuniti dan kerana tempat yang terhad demi mematuhi SOP. Kursus ini atas usahasama Nz Bunga Venture dan disampaikan oleh tenaga pengajar Puan Nur Nadiah Binti Shahrom. Seramai 5 peserta menyertai kursus ini. Penggunaan dalam talian sepenuhnya dengan menggunakan zoom meeting untuk berinteraksi dengan peserta dan menggunakan teknik video dan gambar yang jelas dan juga menggunakan google form untuk menjawab kesemua kuiz dan soalan sepanjang kursus. Peserta terdiri daripada usahawan tempatan yang terlibat dalam sektor makanan juga pekerja-pekerja yang berada dalam sektor makanan. Sijil disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: