Program Derma Darah Dan Pendaftaran Vaksin
8 April 2021 | Aktiviti Terkini7 April 2021 : PIK Manong turut bersama dalam Program Derma Darah dan Taklimat Vaksinasi anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Mukim Senggang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Manong dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Chandan. Turut hadir Yb Encik Mohamad Zuraimi Bin Razali ADUN Manong dan Encik Muhammad Hasli Bin Hassan Penghulu Kanan Mukim Senggang. PIK Manong membantu komuniti bagi membuat pendaftaran vaksinasi secara dalam talian juga membantu melalui aplikasi mysejahtera. Dengan cara ini dapat membantu komuniti terutama warga emas yang tidak tahu cara pendaftaran vaksinasi di atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: