PEDi Manong – Kursus Pengendali Makanan Buat Usahawan Manong- 20 Mac 2022
21 Mac 2022 | Aktiviti Terkini20 Mac 2022 : Kursus Pengendali Makanan secara atas talian telah dijalankan di PEDi Manong untuk usahawan. Kursus tersebut merupakan permintaan usahawan di Manong.
Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil khususnya buat usahawan yang mengendalikan makanan juga pekerja-pekerja yang terlibat dengan jualan makanan.
Sijil kursus perlu dimiliki oleh peserta setelah selesai jalani kursus selama 3 jam. Pihak PEDi Manong telah membuat usahasama dengan pihak Sekolah Latihan Pengendali Makanan iaitu NZ Bunga Venture dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga dengan kursus ini dapat membantu para usahawan setempat di Manong terutamanya mendapatkan sijil yang sah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: