Kursus Latihan Pengendali Makanan
12 Febuari 2023 | Aktiviti Terkini11 Febuari 2023 : Kursus Latihan Pengendali Makanan sesi Febuari dijalankan di PEDi Manong secara atas talian. Seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada usahawan makanan di Manong. Tahniah kepada peserta yang selesai jalani kursus selama 3 jam secara atas talian. Kursus dijalankan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan yg diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu NZ Bunga Venture.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: