Kelas ICT Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah
25 Mac 2023 | Aktiviti Terkini24 Mac 2023 : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2023 memerlukan kemaskini daripada penerima. Oleh yang demikian penerima yang 3 tahun berturut tidak kemaskini maklumat diri perlu kemaskini sama ada secara atas talian atau di kaunter LHDN. Puan Irma memilih untuk kemaskini sendiri secara atas talian. Pinah PEDI telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Irma cara untuk kemaskini STR. Terima kasih Pn. Irma menggunakan fasiliti di PEDi Manong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: