Kelas ICT Online Banking dan Cara Guna QR Pay
16 Mac 2024 | Aktiviti Terkini15.3.2024 : Petugas NaDi Manong telah membantu dua orang usahawan untuk membuat Online Banking dan cara menggunakan QR Pay bagi membuat pembayaran dan menerima bayaran daripada pelanggan. Mereka merupakan peniaga makanan secara kecilan dan mempunyai kedai makan. Zaman masa kini memerlukan mereka untuk belajar cara menggunakan QR Pay bagi memudahkan urusan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran secara atas talian. Semoga perjalanan perniagaan mereka berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: