Lawatan ke Kawasan Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Manong oleh YB Dato’ Mohamad Kamil Bin Shafie,
Adun Manong.
21 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Manong dengan julung kalinya menerima kunjungan pertama daripada YB Dato’ Mohamad Kamil Bin Shafie, Adun Manong diiringi oleh Penghulu Mukim Senggang En. Mohamad Zuraimi Bin Razali, Pengerusi-pengerusi JKK, Ketua-ketua kampung sekitar kawasan Manong dan wakil daripada Pusat Khidmat Masyarakat Adun Manong. Lawatan ini disambut oleh Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Puan Hanita Binti bersama wakil Sprintz Design Sdn Bhd dan kakitangan yang terlibat bagi Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Manong.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan awal kepada wakil komuniti tentang fungsi dan kelebihan penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti setempat. Malah lawatan ini turut membincangkan tentang perjalanan program yang bakal dijalankan setelah Pusat Internet ini dapat beroperasi secara rasminya. Selain itu, YB Dato’ Mohamad Kamil Bin Shafie dibawa untuk meninjau fasiliti yang disediakan untuk pengguna komuniti yang membawa suatu lembaran baru dalam dunia teknologi kepada penduduk di kawasan Manong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: