Lawatan ke Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Manong oleh Dato’ Hasan Nawawi bin Abd Rahman, bekas Dato’ Bandar Ipoh.
18 November 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 18 November 2017 Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Manong telah menerima lawatan dari bekas Dato’ Bandar Ipoh iaitu Dato’ Hasan Nawawi, beliau merupakan anak tempatan Manong iaitu kampung asal ibu dan bapanya. Pada lawatan tersebut beliau sangat teruja dan terkejut melihat Pusat Internet ini yang pada pandangannya sangat cantik dan berguna untuk masyarakat di Manong memandangkan kawasan ini boleh di katakan kawasan pedalaman yang sukar untuk mendapat perkhidmatan seperti ini.
Kelengkapan dan fasiliti yang di sediakan di dalam pusat internet ini pasti banyak memudahkan masyarakat di Manong untuk mendapatkan perkhidmatan internet, komputer dan lain-lain seperti Mencetak dan Fotokopi. Sebelum berangkat pulang beliau sempat bergambar dan menghadiahkan buku tentang kejayaan dan pengalamannya ketika mengelilingi dunia suatu masa dulu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: